Sulit
3 tahun
Haid yang banyak.Adakah normal?
saya wanita umur 27tahun ada baby 8bulan ambil perancang depo.ambil perancang haid sy normal tiap bulan ada.baru-baru ni haid datang dengan banyak.dalam sehari tukar pad 6 penuh.bila bergerak haid mengalir banyak juga.kadang2 mau pitam+ pening.ada kah normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami pendarahan haid sehingga 6 pad diperlukan. Anda hampir pitam disebabkan oleh situasi ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan yang anda alami bukan perkara biasa. Ia boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- fibroid
- polip rahim
- penggunaan alat perancang IUCD
- keguguran
- ketumbuhan dalam serviks ataupun faraj
- trauma pada serviks atau faraj
Berikut merupakan penyebab umum kepada masalah pendarahan haid anda.Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menyarankan agar masalah ini durjuk kepada doktor atau pakar sakit puan kami bagi rawatan lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.