Sulit
5 tahun
Darah putih ada tinggi sedikit
Saya wanita berumur 30tahun…Dan baru2 ni sya ada demam,dan dktor ada ambik darah utk check dan dktor ada bgtahu bhawa darah putih sya ada tinggi sedikit…soalan sya,bagaimana kah cara utk sya mgatasi masalah darah putih ni?dan adakah ia akn merbahayakn kesihatan sya?apa langkah2 utk kembalikn secara normal darah putih?boleh kah sya meminum jus buah2 atau mkn buah delima?tkasih dktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman atau virus dalam badan
- Radang pada anggota badan
- Stress
- Masalah Hematologi seperti Leukemia, Limfoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.