boboiboygalaxy1998
5 tahun
Saya banyak sel darah putih doktor bagus ke tak
Saya perempuan saya banyak sel darah putih seminggu yg lalu cek di hospital
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, peningkatan jumlah sel darah putih perlu dilihat dari konteksnya. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman kerana sel darah putih adalah “askar” bagi badan untuk melawan kuman ataupun pertumbuhan abnormal yang terjadi dalam kes leukemia. Jika ia naik apabila anda demam atau dijangkiti kuman, ia adalah tindak balas yang normal. Namun jika ia naik terlalu tinggi dan tanpa sebab, maka puncanya perlu disiasat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.