srisakti979797
5 tahun
Apakah ubat untuk darah putih berlebihan
Apakah ubat untuk darah putih berlebihan ?? adakah darah putih berlebihan boleh sembuh ??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kenaikan tahap sel darah putih dalam badan merupakan tanda seperti jangkitan kuman, alahan dan jenis-jenis leukemia. Untuk menangani masalah ini, punca kepada masalah tersebut harus diketahui dan dirawat secara khusus. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.