Anonymous
5 tahun
Sel darah putih lebih
Anak saya umar 13 sel darah putih lebih sedikit Doctor ada bagi antibiotics for 5 day apa makan yg sesuai bagi dia makan
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan antibiotik tersebut adalah untuk melawan kuman yang menjangkiti anak anda dan seterusnya membantu sel darah putih melawan jangkitan tersebut. Pemakanan adalah seperti biasa iaiti pemakanan seimbang yang merangkumi karbohidrat, protein dan sayuran yang mencukupi. Penagmbilan buah-buahan digalakkan seperti buah oren kerana mengandungi vitamin yang tinggi.