Sulit
5 tahun
Bacaan darah putih ketika sihat
Saya wanita umur 23 tahun. Sebelum ini bacaan darah putih saya tinggi iaitu 20.6 disebabkan demam dan doktor memberi antibiotik dan saya makan sehingga habis. Jdi selepas sebulan saya sihat. Saya menbuat ujian darah semula bagi memantau darah putih saya. Tetapi bacaan darah saya sudah kurang sedikit kepada 16.5 tetapi still tinggi sedikit. Adakah itu normal atau saya perlu menbuat pemperiksaan lebih lanjut.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan darah putih yang normal adalah antara 4.0-11.0. Bacaan darah anda adalah sedikit tinggi dan mungkin memerlukan masa dalam seminggu untuk turun kepada normal. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti keletihan, hilang berat badan tanpa sengaja, demam kembali dan bengkak disekeliling leher, maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.