iszuan89
5 tahun
Sel darah putih menurun bukan pada tahap normal
doktor telah memberi saya antibiotik untuk menurunkan bacaan sel darah putih, selepas seminggu, saya membuat pemeriksaan semula dan doktor mendapati bacaan sel darah putih menurun dari 24 ke 13, saya dipahamkan bacaan normal ialah 4 - 11, pertanyaan saya, bacaan sel darah putih menurun selepas seminggu tetapi bkn pada tahap normal, kenapa ye? adakah bacaan ini akan kembali normal seperti biasa? doktor tidak memberikan apa apa lagi ubatan kepada saya dan saya tidak mengalami demam yang teruk seperti sebelum ini dan keadaan saya sihat seperti biasa. mohon pencerahan, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang nutrisi dan zat makanan terutamanya vitamin B12 dan asid follik
- jangkitan virus
- penyakit autoimmune seperti lupus dan rheumatoid arthritis
- maslaah pada limpa
- kesan sampingan ubat seperti ubatan psikiatri (clozapine), ubat anti sawan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.