
Sulit
4 tahun
Eczema kulit tangan kering dan merekah. Adakah vitamin blavkmores B sesuai untuk ini?
Salam sejahtera,saya wanita 29tahun apakah kebaikan vitamin blackmores B, saya ada buat ujian soal selidik dalam page ini dan disarankan untuk mengambil vitamin blackmores B. Saya mengalami gatal dan kulit kering di tangan kanan saya. Adakah vitamin ini sesuai untuk kulit. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, ekzema tidak mempunyai penawar tetapi ia boleh dikawal dengan beberapa cara seperti penjagaan kulit yang betul. Berkenaan suplemen yang dinyatakan oleh anda, ia mungkin sesuai ataupun tidak dengan anda kerana terdapat perkara lain yang perlu diambil kira seperti alahan, penyakit lain sekiranya ada dan lain-lain faktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami sarankan anda berhubung dengan doktor kami di atas talian di (DoctorOnCall) untuk berbincang dan mendapatkan maklumat berkenaan kulit anda dan kesesuaian suplemen tersebut. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.