maisarah91849
2 tahun
Folid acid sebelum mengandung
hai…sy berumur 28 tahun…wanita bersuri rumah…soalan saya…adakah folic asid ini boleh dimakan sebelum mengandung? berapa dos dan mg yang perlu diambil ketika makan folid asid ni…terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala).
Untuk menjawab soalan puan, sebaiknya, asid folik diambil seeloknya tiga bulan sebelum merancang kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan.
Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil kerana dos mungkin berbeza bagi setiap wanita.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.