Sulit
2 tahun
Pengambilan folik asid
Saya wanita yg baru sahaja berumah tangga, dan terus ingin merancang. Saya telah membaca ttg folik asid bukan sahaja utk para wanita mengandung tetapi untuk wanita yang ingin merancang. Dan, saya telah membeki folik asid yang berdekat. Dos trsebut 5mg. Jadi, saya nak tanya adakah dos itu sesuai untuk saya yg ingin merancang?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Folik asid penting untuk perkembangan sistem saraf bayi dalam kandungan dan diberikan kepada para ibu hamil. Komplikasi asid folik yang tidak mencukupi dalam badan ibu hamil adalah spina bifida.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut daripada pihak farmasi atau doktor pakar tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil asid folik, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.