syiepahfyza1
2 tahun
Acid folic makan mesti muntah
Saya wanita berumur 31thn sy nak kepastian kenapa saya makan acid folic mesti saya akan mengalami muntah2… Cth saya makan kelmarin 2 biji 5mg dan semalam sebelum tidur saya akan muntah dan keluar semua makanan yang saya makan…adakah saya tidak sesuai utk makan acid folic?? Saya belum mempunyai anak dan belum hamil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, asid folik berfungsi untuk mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada janin.
Antara kesan pengambilan asid folik adalah
- Tiada selera makan
- Alahan/ sensitif terhadap asid folik menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam
- Muka kemerahan dan panas
- Letih dan lesu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.