Sulit
2 tahun
Pengambilan Asid folik
Hai, saya seorang wanita berumur 23 tahun, saya ada satu soalan. Perlukah saya mengambil asid folik sebelum berkahwin dan sebenarnya asid folik boleh ke di ambil semasa remaja?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik boleh diambil sebelum ataupun semasa mengetahui status mengandung. Asid folik juga digunakan untuk masalah anemia (kurang sel darah merah) yang kerap dialami kebanyakkan wanita. Ianya tidak membahayakan kesihatan sekiranya diambil mengikut dos yang disarankan. Kesimpulannya, anda boleh mengambil suplemen asid folik sebelum berkahwin dan semasa mengandung. Remaja juga boleh mengambil asid folik. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai asid folik ataupun mengenai kehamilan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.