azzamia1710
2 tahun
Wanita yg tidak pregnant boleh ke mengamalkan folic acid
Doktor, kalau wanita berkahwin yg tidak pregnant boleh ke mengamalkan folic acid?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan suplemen asid folik tidak mendatangkan bahaya sekiranya diambil dalam kuantiti yang disyorkan. Asid folik mempunyai beberapa kebaikan seperti membantu badan membina sel darah merah yang kurang, menghindarkan kes “neural tube defect” dalam kandungan dan membantu mengurangkan risiko anemia ketika hamil. Sekiranya anda mengambilnya ia tidaklah mendatangkan apa-apa masalah bahkan ia mungkin membantu anda sekiranya anda hendak hamil pada masa yang terdekat. Sekian.