Sulit
4 tahun
Herpes, blister pada jari tangan yang terasa sakit, gatal, dan panas
Salam dokter… sy dah melakukan ujian darah PCR untuk herpes, hasinya negative adakah cara lain untuk melakukan test?, tetapi sy mengalami kekambuhan setiap bulannya, dalam satu tahun saya mengalami wabah lebih dari 10 kali, apakah sy harus melakukan terapi suprensi? Terimaksih
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian darah adalah ujian yang paling tepat dalam memberikan keputusan dalam penyakit jangkitan kelamin.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Lepuh akibat geseran (friction blister)
- Cacar air (chicken pox)
- Kayap (shingles)
- Dermatitis
- Ekzema
- Alahan pada ubat
- Alergi
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.