Sulit
2 tahun
Herpes 1gg 15.9-32 wanita
Hello …doc,herpes Sy semakin naik selama 7 bulan,sudah makan ubat Acyclovir,tidak ada penurunan…nyeri di kemaluan dan dubur,x selesa di perut dan tekak…adaka perlu makan ubat antibiotik cipfloxacin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu menegetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.