Sulit
2 tahun
HSV Type 1 - Chickenpox rash
Saya lelaki berumur 46 tahun dan telah disahkn menghidap HSV1 beberapa tahun yg lepas. Sy telah mengalami beberapa siri jangkitan sebelum ini. Lbh kurang seminggu lbh yg lepas sy telah mengalami ruam2 seperti chickenpox di beberapa bahagian badan terutama di sekitar perut, peha, kemaluan, belakang bahu, tapak tangan dn celah2 jari. Sy jg ada ketulan2 (lump) kecil di bahagian kulit kepala. Pada 13/1/2022 saya telah mula mengambil ubat antiviral Virless 400mg 3 kali sehari selama 5 hari seperti saranan doctoroncall. Memang kelihatan seperti ruam2 tersebut semakin sembuh akan tetapi agak perlahan. Yg menjadi kerisauan sy ialah ruam2 kecil yg baru jg ada tumbuh tp tidak teruk seperti sebelumnya. Soalan sy, perlukah saya tambah dos Virless drpd 400mg ke 800mg utk mempercepatkn penyembuhan ruam2 tersebut dan sekaligus mengelak ia drpd tumbuh lg? Perlukah jg sy mengambil krim antiviral zovirax utk ruam2 tersebut? Jika perlu sy tambah dos dn guna cream tersebut, bolehkah sy dptkn prescription utk ubat2 tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu menegetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut serta melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.