Sulit
3 tahun
Herpes Simplex Virus (HSV Type 1)
Hi dr, saya wanita berusaha awal 20an , dan terlibat dalam seksual aktif . Saya disahkan Dr positive HSV Type 1 , Dr cakap tak bahaya Tapi setelah ada genital warts di kemaluan baru2 ini dan telah pon dibuang menggunakan kaedah laser, saya risau jika ia lagi melarat lagi2 dalam keadaan saya Di kg dan tak dapat
berjumpa dengan Dr saya di KL untuk mengata hii perkembangan sakit saya . Apa medication yang saya perlu ambil Di Doctoroncall untuk merawat HSV Type 1 saya ? Thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jangkitan virus herpes dikenali sebagai penyakit kulit menggelembung air. Virus herpes tergolong dalam kumpulan alpha herpesvirus. Virus herpes simplex adalah virus yang boleh berjangkit pada mana-mana bahagian badan, yang paling biasa adalah pada bahagian kelamin atau mulut. Terdapat 2 jenis herpes simpleks iaitu herpes simpleks 1 dan 2.
Virus herpes simplex boleh berjangkit daripada seseorang kepada seseorang yang lain melalui sentuhan langsung. Jangkitan dengan HSV-1 boleh berlaku melalui interaksi-interaksi umum seperti:
- makan daripada alat perkakas yang sama
- berkongsi pelembap bibir atau gincu
- mencium
Virus tersebar dengan lebih cepat apabila seseorang yang dijangkiti mengalami jangkitan di dalam fasa aktif. Seramai 30 hingga 95 peratus orang dewasa yang mempunyai jangkitan HSV-1, tetapi tidak pernah mengalami fasa aktif yang digelar ‘dormant state’. Terdapat juga kebarangkalian yang menunjukkan beberapa pesakit yang mendapat jangkitan herpes genital HSV-1 mendapatinya melalui hubungan seksual secara oral.
Virus HSV-2 pula adalah virus jenis herpes yang berjangkit melalui hubungan seksual dengan seseorang yang mempunyai jangkitan tersebut. Menurut kajian oleh American Academy of Dermatology (AAD), seramai 20% daripada orang dewasa yang mempunyai kehidupan seksual yang aktif akan mendapat jangkitan HSV-2.
Antara faktor-faktor risiko lain untuk mendapat jangkitan HSV-2 termasuklah:
- mempunyai sistem imun yang lemah
- mempunyai pasangan seks yang ramai
- mempunyai jangkitan seksual (STI) yang lain bersama HSV-2
Untuk mengetahui jenis ubat yang sesuai bagi rawatan HSV type 1 ini, anda perlu menghubungi dan bercakap dengan doktor kami melalui talian. Disini ingin kami nyatakan, setiap pengambilan dan penggunaan ubat perlulah mendapat nasihat dan panduan daripada doktor ataupun ahli farmasi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih