Sulit

3 tahun

Herpes dan rumahtangga

Hai doktor. Terima kasih sebab jawab kemusykilan saya ni. Saya dah bertunang dan bakal berkawin. Lately ni saya kerap kena herpes labialis. Setiap bulan tu mesti ada. Tapi tak teruk. Baru nak mula saya dah keringkan. Saya juga ada MDD dan anxiety disorder. Adakah berkaitan saya punya herpes dan depression ni? So far depression saya makin ok. Sekarang yang membimbangkan adalah herpes. Ia boleh berjangkit bila saya berkahwin nanti? Adakah beri risiko besar pada suami saya nanti? Sekarang kami buntu. Jika kawin kesihatan suami saya akan terjejas tambahan pula dia seorang tentera. Mohon doktor sarankan kepada saya apa perlu saya lakukan untuk merawat herpes ni. Terima kasih

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Pertama sekali, sebelum mendiagnosis suatu penyakit, ianya memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh selain maklumat lanjut daripada anda. Namun, secara umum, herpes simplex (HSV) terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

HSV-1: Dua pertiga daripada penduduk dunia mudah dijangkiti virus ini iaitu seramai 3.7 billion dan mereka terdiri daripada golongan yang berumur kurang daripada 50 tahun. HSV-1 juga dikenali sebagai herpes mulut. Virus jenis herpes ini boleh menyebabkan lepuh sekitar mulut dan di muka.

HSV-2 : Seramai 11% daripada populasi di dalam lingkungan 400 juta orang mendapat jangkitan ini. Di dalam kebanyakan jangkitan virus ini dikenali sebagai herpes kelamin kerana ia menyebabkan luka pada bahagian kelamin apabila ia berjangkit.

Langkah-langkah pencegahan yang harus diambil termasuklah :

  • Cuba untuk mengelakkan hubungan fizikal seperti persentuhan dengan orang lain.
  • Tidak berkongsi barang-barang yang boleh menyebarkan virus seperti cawan, tuala, pakaian, alat solek seperti gincu.
  • Menghidari daripada melakukan seks oral, mencium atau sebarang jenis aktiviti seksual semasa dijangkiti virus
  • Membersihkan tangan anda dengan teliti dan menyapu ubat dengan kapas untuk mengurangkan sentuhan dengan luka

Mengenai rawatannya, terdapat kemungkinan yang luka anda akan hilang tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini mengganggu fikiran anda kerana doktor anda akan menentukan sama ada anda memerlukan satu atau lebih ubat antivirus.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

AdobeStock_22927187

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)