Sulit
3 tahun
Herpes Genital kepada wanita
hi saya wanita dalam 20’'an. dan saya mengalami herpes genital. penyakit ini ambil berapa lama untuk sembuh dan perlukan antibiotik ke? sebab kemaluan saya berasa pedih sangat bila mahu membuang air atau berjalan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, penyakit herpes ini memerlukan ubat anti-viral untuk merawat penyakit tersebut. Tempoh rawatan atau penyembuhan herpes adalah bergantung kepada keterukan jangkitan tersebut, jadi kami tidak dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai persoalan ini.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Disebabkan anda mengalami gejala dan ia mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.