
Sulit
3 tahun
Ibu jari bengkak dan sakit tanpa sebab
Saya wanita 30 tahun…
Mengalamu bengkak pada ibu jari dan jari telunjuk tanpa sebab… masaaalah nye tiap kali bila jadi mcm ni ,pergelangan tangan saya pun akan sakit kadang sakit nye smpai ke siku… may i know why?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, bengkak pada ibu jari dan jari telunjuk, sakit pergelangan tangan dan kadang sakit siku boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sindrom terowong karpus
- Kecederaan atau keradangan otot atau sendi tangan
- Tanda kencing manis
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.