Sulit
2 tahun
Jahitan selepas bersalin
Saya berumur 27 dan baru lepas bersalin dan masih dalam pantang , baru 24hari , saya nak tanya berape lame tempoh jahitan tu boleh dibuka ?nk bukak jahitan tu biase nye sendiri atau jumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tempoh waktu penyembuhan sesuatu luka adalah berbeza masing-masing luka berdasarkan lokasi dan juga tahap ketahanan imun badan masing-masing. Bagi luka akibat bersalin, doktor biasanya akan menggunakan benang yang boleh larut dengan sendiri di dalam badan selepas beberapa bulan. Oleh itu, anda tidak perlu berasa bimbang tentang jahitan tersebut, Namun, anda masih perlu datang bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan medical checkup serta memantau jika terdapat sebarang masalah selepas bersalin.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.