Anonymous
2 tahun
Lebihan daging pada jahitan episiotomy
Saya sudah bersalin hampir sebulan. Pada hari ke 15 saya ada refer pada doc di KK kerana selepas sy hadapi sembelit, saya perasan ada darah keluar dari hujung jahitan episiotomy saya. Doc di KK mengatakan just gaping sedikit so tidak perlu berbuat apa2 just pastikan kering selepas ke toilet. Pada hari ke 20 saya tidak berpuas hati dan pergi ke klinik swasta dan doc mengatakan kene jahit semula pada kawasan tersebut kerana benang sudah terbukak. Doc bg surat refer ke hospital tp saya menyatakan pada doc sy nk cuba cara lain dahulu selain jahit. Doc bagi saya ubt cucian. Pada hari ke 31, nurse di KD menyatakan sudah ada daging baru timbul di tempat jahitan terbukak dan suruh sy refer doc di KK. Doc di KK menyatakan jahitan lain semua ok dan cntik. Tmpt bermasalah itu akan sembuh sendiri. Tp saya sampai hari ke 40 hari ni rasa risau. Doc, ape patut saya buat? Ada ubt or krim ke bagi tempat daging tu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami tidak boleh membuat penilaian tanpa melihat kawasan jahitan episiotomi anda. Oleh itu, memandangkan anda telahpun bertemu dengan beberapa orang doktor dan mereka telah merawat dan membuat penilaian terhadap luka anda, anda tidak perlu risau melainkan anda mengalami gejala lain seperti keluar air atau nanah dari kawasan tersebut, berdarah, bengkak, gatal dan lain-lain, sila rujuk kembali kepada doktor dengan segera. Jika tidak, anda hanya perlu menjaga kebersihan kawasan tersebut dan tidak perlu risau tentangnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.