Sulit
2 tahun
Luka jahitan bersalin masih sakit
Hi. saya sudah setahun lebih melahirkan kan anak. nak tanya. kenapa ye bahagian luka jahitan saya masih sakit. luaran sudah sembuh. tapi terasa sakit macam seakan di dalam. boleh tahu kenapa ia terjadi? dan apa puncanya? . tq
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan luka jahitan masih menjadi sakit meskipun sudah lama bersalin boleh disebabkan:
- Jenis benang jahitan yang tidak larut
- Luka dalaman - akibat kurang penyembuhan dari dalam
- Iritasi kulit - akibat alahan atau jangkitan kuman
- Luka pada organ dalaman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.