Sulit
2 tahun
Luka jahitan episiotomy terbuka
Saya ibu yang masih berpantang dan masa hari ke 10 luka jahitan episiotomy terbuka dan saya di admit ke wad selama sehari.Doktor membuat temujanji seminggu daripada itu dan memberitahu saya untuk menjaga kebersihan sahaja.Pada temujanji itu,doktor menjelaskan luka gapping hanya 1 cm dan tidak perlu dijahit semula…dan persoalan saya…bagaimana saya akan sembuh dan adakah memberi kesan kepada saya jika jahitan itu tidak perlu dijahit semula
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya luka jahitan yang terbuka adalah kecil, antara langkah-langkah bagi memastikan keadaan luka episiotomi ini mudah pulih adalah:
- Memastikan kebersihan kawasan luka
- Memastikan makan dan minum mencukupi dan seimbang
- Pemakaian seluar yang loggar atau kain
Bukaan yang kecil jika dijaga dengan rapi tidak akan membawa masalah namun jika jahitan tersebut semakin membesar ataupun anda mengalami gejala lain seperti pendarahan, masalah kesukaran kencing atau demam, anda perlu merujuk kepada doktor kerana kemungkinan jangkitan pada jahitan episiotomi telah berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.