sipendek20
2 tahun
Kesan ambik cucuk perancang
saya wanita 19 thn … baru sahaja lepas bersalin hujung bulan 4 … lepas bersalin saya kerap sakit kat tempat caezer
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada bahagian luka jahitan C-section boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada luka
- Jangkitan kulit sekeliling luka jahitan
- Jahitan terbuka
- Abses atau nanah dalam rahim
- Endometriosis atau fibroid rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.