
Sulit
3 tahun
Jari tangan cepat kecut
Saya perempuan berusia 23 tahun. Saya baru habis self quarantine dari penyakit covid19. Takda sebarang penyakit kronik. Lately ni jari saya cepat kecut walaupun hnya cuci tangan sekejap. Sepanjang tempoh quarantine haritu saya kerap cuci tangan sehingga saya rasa tapak tangan saya licin tapi takda mengelupas. Dan saya juga ada consume vitamin c 1000mg + zinc 10mg serta multivitamin setiap hari. Adakah kesan daripada saya consume terlalu banyak vitamin atau kekerapan saya cuci tangan sebelum ini membuatkan jari saya sekarang cepat kecut apabila terkena air? Adakah jari cepat kecut ini merupakan symptoms awal terhadap sebarang penyakit kronik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang khuatir akan keadaan jari anda yang cepat mengecut dan ingin mengetahui tentang sebab yang mungkin sedang berlaku. Di sini saya akan cuba menerangkan tentang punca-punca berlakunya keadaan sedemikian.
Untuk makluman anda, keadaan ini adalah kerana berlakunya pengecutan salur darah pada bahagian hujung jari anda apabila direndam dengan air terlalu lama. Pengecutan salur darah ini menyebabkan kulit anda turut ikut sama mengecut dan menyebabkan kedutan pada jari anda. keadaan ini berlaku.
Namun, keadaan ini juga boleh menjadi simptom untuk penyakit seperti:
- Raynaud’s disease
- Penyakit thyroid
- Lupus
- Scleroderma
- Dehidrasi
Disebabkan anda mengamalkan pengambilan pelbagai jenis vitamin, besar kemungkinan anda sedang berada dalam keadaan dehidrasi. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplement kerana ini boleh memudaratkan sekiranya berlebihan. Anda juga perlu minum air secukupnya bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.