
Sulit
4 tahun
Kaki bengkak tapi tidak sakit
Hi,dokter saya brumur 16 tahun.kemarin kaki di bahagian atas saya mengalami bengkak tapi tidak sakit.selain itu saya sering berasa haus tetapi tidak kerap ke tandas.saya tidak mengalami sakit kepala atau pening.adakah saya hidrasi atau lain2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Kaki yang bengkak didefinasikan sebagai bengkak di mana-mana bahagian kaki termasuk peha, betis, buku lali dan tapak kaki. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki yang bengkak. Mekanisme utama untuk bengkak kaki terbahagi kepada dua, iaitu pengumpulan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu kaki, dan radang dan kecederaan tisu di bahagian kaki.
Antara punca untuk kaki sebelah yang bengkak adalah:
• Deep vein thrombosis (DVT) iaitu bekuan darah di dalam saluran darah kaki
• Cellulitis, sejenis jangkitan kulit bakteria yang menyebabkan bengkak, kemerahan serta kesakitan. Pesakit kencing manis mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
• Chronic venous insufficiency atau pembuluh darah yang telah terjejas di kaki
• Trauma atau kecederaan kaki seperti tulang patah, kecederaan tendon/ligamen/otot, terseliuh dan penyakit gout
• Ubatan terutamanya ubat darah tinggi
Antara punca kedua-dua belah kaki yang bengkak ialah:
• Kelemahan hati atau heart failure
• Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
• Cirosis hati atau liver cirrhosis
• Nephrotic syndrome
• Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
• Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
• Duduk atau berdiri terlalu lama
Tarungi masalah penyakit kronik untuk kehidupan yang lebih berkualiti!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di (DoctorOnCall). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.