
Sulit
4 tahun
Kaki yang patah di cement bengkak
Kaki saya patah dekat betis dari 11.10.2020, dan pada 23.10.2020 kaki saya bengkak di bahagian bawah kaki, sampai sekarang bengkak belum surut tetapi tidak sakit apa perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu bengkak pada kaki. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab daripada masalah yang anda hadapi. Antaranya ialah:
- Trombosis vena dalam adalah keadaan ketika terjadi penggumpalan darah pada satu atau lebih pembuluh darah vena dalam- Keadaan ini boleh terjadi sekiranya anda terbaring lama
- Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs / NSAIDs ), contohnya : ibuprofen
- Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi
- Darah beku biasanya di bahagian kaki ( thrombophlebitis )
Justeru itu, saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan tepat memandangkan kebengkakan yang alami masih belum surut. Anda tidak disarankan untuk mencuba mengurut sendiri kerana bimbang ianya akan menimbulkan komplikasi lain yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan menambahkan kesakitan.
Jawapan ini merupakan keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.