soraya

5 tahun

Kalau koronari arteri disease tu maksudnya ape

Kalau koronari arteri disease tu maksudnya ape? Doktor cakap ayah saya ada masalah tu penyakit jantung koronari ke apa. Ayah saya sakit dada lepas tu terus masuk hospital. Skrg kena bergantung pada ubat.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Penyakit arteri koronari berlaku apabila plak kolesterol menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan keras. Ia boleh mengurangkan bekalan darah kepada otot jantung dan menyebabkan kematian otot jantung sekiranya keadaan in berlanjutan. Penyakit ini adalah salah satu sebab kematian utama di Malaysia.

Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko penyakit arteri koronari ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti atau berat badan berlebihan, peningkatan umur, merokok, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal. Tanda-tanda penyakit arteri koronari termasuk sakit dada, sesak nafas, berpeluh, pening, dan loya.

Pesakit biasa mengalami masalah sakit dada atau sesak nafas selepas melakukan aktiviti fizikal, dan kesakitan tersebut boleh merebak ke bahagian leher, belakang badan atau bahu. Anda harus mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini.

Rawatan penyakit arteri koronari adalah melalui:

  1. Ubat – Digunakan untuk mencairkan darah, mengurangkan tekanan darah, memperlahankan kadar denyutan dan mengembangkan saluran darah.

  2. Angioplasti – Ia merupakan prosedur untuk mengembangkan saluran darah dan memasukkan stent jantung.

  3. Pembedahan pintasan – Pembedahan yang melibatkan penggantian saluran darah tersumbat dengan saluran darah dari kaki atau bahagian lain.
    Penyakit arteri koronari boleh dielakkan melalui amalan gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Tingkatkan pengambilan serat, kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, makanan tinggi kolesterol, gula, garam dan minuman beralkohol. Selain itu, anda harus lakukan aktiviti fizikal atau senaman secara berkala, mengekalkan berat badan yang ideal, tidak merokok, tangani stres dengan efektif dan dapatkan tidur yang cukup. Anda juga dinasihati untuk membuat pemeriksaan perubatan secara berkala. Pastikan paras gula, kolesterol dan tekanan darah sentiasa terkawal.

Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)