Sulit
2 tahun
Ketulan keputihan ketika bersama
Saya wanita 20an, sejak beberapa bulan ini ketika bersama dengan suami akan ada ketulan putih dan berbau. Ketulan itu ada ketika bersama saja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang gejala ketulan keputihan dan bau ketika bersama pasangan. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, keputihan adalah antara gejala normal bagi wanita. Namun, keputihan yang berketul dan berbau adalah sesuatu yang tidak normal dan boleh berlaku disebabkan:
- Jangkitan yis (candidiasis)
- Bakteria vaginosis
- Jangkitan kelamin yang lain
Oleh itu bagi mengetahui punca masalah anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi dengan doktor secara atas talian. Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.