Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna coklat selepas haid
hi doktor, saya berumur 23 tahun dan sudah berkahwin. kali terakhir bersama dengan suami saya pada 20/9/2021 kerana kami pasangan pjj. pada 25/9 - 30/9 saya telah datang haid. pada bulan 10 saya haid pada 24/10 - 30/10. pada bulan ini pula saya datang haid pada 20/11 - 27/11. tapi pada 30/11 saya ada keluar keputihan warna coklat. adakah saya hamil? dan kalau bukan hamil boleh tahu sebab apa. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.