Sulit
3 tahun
Keguguran dan mengalami kegatalan miss v luar biasa
Hi doc. Sy mengalami keguguran 12 minggu dan hari ini hari yg ke 11. Sy telah melakukan pembersihan rahim di klinik swasta dgn cara mereka bg pill dan vacuum. Sejak 3 hari lepas, miss v sy mengalami kegatalan yg luar biasa. Sy mendapati juga tiada darah seperti darah haid tp ada seperti ketulan/cebisan daging/ seperti ketulan keputihan. Sy cuba douch dan mendapati terlalu banyak ketulan yg ada di dinding faraj. Adakah ianya normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda mengalami boleh disebabkan:
- Alahan dematitis - pada kain atau seluar anda
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- Penyakit kulit disebabkan imun lemah seperti lichen planus/sclerosus
- Jangkitan kulat
- Kurap
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Jangkitan saluran kencing
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.