Sulit
3 tahun
Masalah keputihan, cecair jernih dengan ketulan putih menyebabkan kegatalan
Saya mengalami masalah keputihan dimana keluar cecair jernih dengan ketulan putih yang menyebabkan kegatalan pada bahagian vagina, sekitar kawasan vagina mengalami kerdangan dinama kemerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan yang normal dikenali sebagai keputihan fisiologi manakala keputihan yang bermasalah ialah keputihan patologi.
Keputihan normal (keputihan fisiologi)
Keputihan normal biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Lelehan lendir normal sering berlaku semasa seseorang wanita itu mengalami kesuburan dan sebelum bermulanya kitaran haid. Ia berwarna putih susu, tidak berbau serta tidak mendatangkan gatal di kemaluan wanita. Cecair lendir yang dikeluarkan adalah sedikit.Keputihan bermasalah (keputihan patologi)
Manakala, keputihan yang bermasalah (keputihan patologi) yang disebabkan oleh jangkitan kuman, menunjukkan petanda penyakit seperti lelehan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan gatal di sekitar kemaluan dan selangkangan. Antara mikroorganisma yang menyebabkan keputihan bermasalah ialah Gardnerella vaginalis (bakteria), Trichomonas vaginalis (parasit), Candida albicans (kulat) dan lain-lain lagi.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keputihan. Antara sebabnya seperti berikut:
Faktor hormon
Keputihan yang keluar dari faraj atau serviks sebenarnya dipengaruhi oleh faktor fluktuasi tahap hormon dalam badan wanita. Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh perubahan kadar hormon estrogen. Apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh haid, kadar hormon estrogen meningkat dan lendir yang terhasil akan menjadi lebih likat.Faktor kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita adalah salah satu daripadanya. Oleh demikian, kebersihan perlu dijaga dengan baik supaya dapat mengelakkan jangkitan. Kelembapan yang berterusan di bahagian sulit wanita akan mengundang jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.Faktor ubat
Pengambilan ubat seperti antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulatPenyakit kronik
Masalah kesihatan seperti penyakit kronik juga menyumbang kepada keputihan. Golongan wanita yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih terdedah kepada penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang menggalakkan pertumbuhan kulat yang banyak di bahagian faraj. Selain itu, pesakit AIDS, kanser, leukimia dan penyakit lain yang melemahkan dan menjejaskan sistem imun badan juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.