
Sulit
3 tahun
Keputihan saya ada masalah
Hello doc, saya wanita 20an mau tanya macam mana nak elekkan Keputihan yang Brwarna coklat dan berbau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.