Sulit
2 tahun
Lendir ketika hamil normal atau tidak?
Saya wanita berusia 27 tahun sedang hamil anak pertama 9 minggu. Sejak hamil saya perasan ada lendir keluar dari kemaluan saya apabila saya membuang air kecil. Lendir jernih seperti putih telur dan ada juga lendir berwarna putih tetapi tidak gatal dan berbau. adakah lendir itu normal ketika hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan adalah cecair lendir normal pada faraj. Ia berfungsi sebagai pelindung dan pembersih semula jadi faraj. Namun begitu, terdapat beberapa variasi warna lendir pada faraj yang perlu anda tahu. Antaranya:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Jika ada gejala baru yang timbul, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.