
Sulit
2 tahun
Ketulan pada paru paru
Hi doc… Saya ada menjalani ujian xray dan hasil ujian tersebut doc dapat ada ketulan pada paru paru sebelah kiri. Pada pendapat doc apakah kebarangkalian yang terjadi pada paru-paru saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda menjalankan ujian X-ray dan keputusan ujian menunjukkan ketulan pada paru-paru. Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai keputusan ujian X-ray tanpa meneliti X-ray tersebut. Ketulan pada paru-paru boleh bermakna banyak perkara. Antaranya :
- Pneumonia
- Sista paru-paru
- Kanser paru-paru
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan ujian X-ray.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.