kerul7667
5 tahun
Langkah setelah berhenti merokok
Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat buruk itu ( termasuk pod , vape) Apakah langkah seterusnya yang sepatutnya saya ambil untuk kembali sihat seperti sedia kala . Bagaimanakah seorang yang telah meninggalkan gejala itu untuk menyembuhkan semula peparunya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, langkah-langkah yang membantu melawan keinginan merokok adalah seperti:
- Menyibukkan diri dan melupakan keinginan diri untuk merokok
- Melengah-lengahkan tindakan merokok seperti dengan memberitahu sendiri “sebentar lagi” atau “10 minit lagi”
- Minum air kosong yang banyak dan mengelakkan minuman berkafein
- Menjauhkan diri dari perokok-perokok lain
- Menjauhkan diri dari tempat yang membenarkan tabiat merokok
- Mengunyah gula kunyah atau buah-buahan untuk melegakan keinginan merokok
- Meditasi dan memohon doa
Selepas perokok telah membina keinginan yang tinggi untuk berhenti merokok, doktor boleh mencadangkan beberapa kaedah untuk membantu berhenti merokok.
- Salah satu cara yang paling popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.
- Perokok boleh menggunakan gula kunyah, lozenges, semburan atau pelekat yang mengandungi nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada kandungan nikotin di dalam rokok.
- Selain rawatan penggantian nikotin, ubat-ubatan lain seperti buproprion dan varenicline juga boleh digunakan untuk mengurangkan ketagihan dan menghindarkan penggunaan rokok
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!