Sulit
4 tahun
Berhenti merokok secara drastik
saya berumur 54 tahun dan telah merokok selama 30 tahun lebih dan sekarang mengalami sumbatan pada dua saluran jantung dan telah buat pemeriksaan kesihatan…Apakah bahaya atau ada risiko lain kepada saya sekiranya saya ingin berhenti merokok secara drastik …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui ia bukan sahaja tidak merbahaya sekiranya anda berhenti merokok. Anda malah sangat digalakkan untuk berhenti merokok agar kejadian sumbatan tidak berulang atau sumbatan baru tidak terbentuk.
Pemberhentian drastik mungkin efektif untuk sesetengah orang, namun tidak semua orang mampu melakukannya. Untuk memastikan anda istiqamah dalam berhenti merokok, terdapat beberapa tips dan kaedah yang perlu diamalkan. Silakan ke link ini https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok untuk membaca lanjut. Sebetulnya pemberhentian drastik merokok tidak ada kesan drastik.
Selain itu, untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!