ahmadlim
5 tahun
Saya takut sakit jantung
Salam doktor, saya lelaki dah berumur. Saya akui saya memang hisap rokok. Susah sangat nk berhenti. Macam mana ya. Saya takut sakit jantung sebab sekarang macam selalu sakit dada dan sesak nafas.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Merokok meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan pak cik anda dinasihati untuk berhenti merokok. Kaedah-kaedah yang boleh dicubai untuk berhenti merokok termasuk terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan, menjauhkan diri dari tempat orang merokok, mengunyah gam atau buah-buahan, meditasi, melakukan sesuatu untuk mengalih fikiran, dan minum air.
Penyakit jantung boleh dicegahi melalui gaya hidup yang sihat.
Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pemgambilan makanan tinggi kolesterol. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan.
Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan harus diambil secara tidak berlebihan. Kurangkan pengambilan gula dan garam. Tingkatkan pengambilan serat. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu.
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung. Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal.
Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda harus belajar menangani stres dan dapatkan rehat yang mencukupi. Akhir sekali, tangani stres, dapatkan tidur yang cukup dan buat pemeriksaan perubatan secara berkala. Pastikan paras gula darah, kolesterol dan tekanan darah tinggi terkawal.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!