firdauschew
5 tahun
Pakcik saya ni memang liat kalau suruh makan ubat
Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya bagi pihak pakcik saya, dia seorang perokok tegar, dan ada masalah kolesterol, darah tinggi dan kencing manis jugak. Dia tak boleh nak berhenti merokok, tapi ada tak cara lain nak rawat penyakit dia selain ubat hospital. Pakcik saya ni memang liat kalau suruh makan ubat.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Merokok meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan pak cik anda dinasihati untuk berhenti merokok. Kaedah-kaedah yang boleh dicubai untuk berhenti merokok termasuk terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan, menjauhkan diri dari tempat orang merokok, mengunyah gam atau buah-buahan, meditasi, melakukan sesuatu untuk mengalih fikiran, dan minum air.
Masalah kolesterol, darah tinggi dan kencing manis boleh dikawal melalui gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan.
Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri. Kurangkan pemgambilan makanan tinggi kolesterol. Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan harus diambil secara tidak berlebihan.
Masak dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Tingkatkan pengambilan serat. Serat makanan boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu, seperti berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda harus belajar menangani stres dan dapatkan rehat yang mencukupi.
Ketiga-tiga masalah ini boleh diatasi melalui amalan hidup yang sihat. Namun, sekiranya paras tekanan darah, kolesterol dan gula tidak dapat dikawal melalui cara-cara di atas, anda perlu makan ubat untuk mengelakkan berlakunya komplikasi seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang, serangan angin ahmar dan sebagainya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!