
Sulit
4 tahun
Luka bersunat lambat sembuh dan sudah hampir 1 bulan
Anak saya berumur 9 tahun. Pada 21 Dec 2020, anak bersunat melalui kaedah Smart Clamps.Selepas 5 hari, seperti biasa clamps dibuka. Pada hari ke 7, saya perasan ada nanah pada luka tersebut… dan ada beritahu kepada doktor. Doktor ada memberi antibiotik dan anak habiskan mengikut sukatan yg diberikan. Pada hari ke 14, luka masih belum sembuh… nanah jugak tidak kering… kering hanya dipermukaan… tapi disekeliling luka masih basah ( atas nasihat supaya tidak basahkan tempat luka untuk cepat sihat n luka sembuh)… Pada hari ke 20, saya telah minta anak berendam didalam besen dengan air suam dan sedikit larutan dettol… Saya telah cuci semua nanah dan menyapu antiseptik Chlorexhexadine dan cmc- Kloraxin… Sehingga hari ini 29hari, bila luka tersebut akan sembuh… Anak tidak mengadu sakit dan dia aktif seperti biasa. Perlu ke saya cuci dan buang setiap hari selaput kuning ( nanah ) sehingga luka tersebut baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu luka berkhatan yang lambat sembuh. Sekiranya masih ada selaput atau nanah, anda digalakkan untuk membersihkannya. Untuk makluman anda, luka berkhatan secara normalnya, akan sembuh dalam masa lebih kurang 10 hingga 14 hari. Sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk membawanya berjumpa dengan doktor memandangkan adanya risiko jangkitan;
- nanah yang banyak
- sakit / bengkak yang melampau
- demam tinggi
- tidak boleh kencing
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih