
harisnice63
5 tahun
Makan ubat diabetis atau ubat kolestrol
Bila makan durian bila boleh makan ubat diabetis dan colestrol

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Makan ubat seperti biasa tetapi pastikan tidak makan lebih dari satu atau dua ulas! Jika tidak sia-sia sahaja makan ubat. Disiplin menjaga pemakanan turut diperlukan dalam penyakit kencing manis dan kolesterol tinggi. Jika anda memakan ubat, bukan bermakna anda boleh makan sesuka hati. Waspada dan sayangilah diri anda. Selalu periksa kadar gula dalam darah agar tidak terlepas pandang jika gula melambung tinggi. Sekurang-kurangnya boleh segera dapatkan rawatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.