
Sulit
4 tahun
Masalah susu formula baby 20hari
Baby saya sejak lahir saya campurkan susu badan dan susu formula…susu yang saya beri kepada baby saya susu dutch baby… Sejak lahir dia kerap membuang dan najis dia berwarna kuning… Selepas 20hari baby saya berasa panas dan berpeluh dan susah membuang apabila minum susu ducth baby… Tapi najis dia berwarna kuning dan lembut… Apabila saya tukar susu kepada lactogen baby saya membuang dengan kerap tapi najis baby saya cair dan berbuih… Apabila minum susu lactogen badan baby saya tidak panas… Selepas itu saya tukar semula susu dutch baby tetapi badan ank saya kembali panas semula… Boleh saya tahu apa masalah anak saya??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda terhadap anak anda. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Inteloransi laktosa (lactose intolerance) di mana tubuh bayi tidak dapat menyerap laktosa
- Alahan kepada susu lembu (cow’s milk protein allergy)
- Acute gastroenteritis atau radang pada usus
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami tidak dapat memberi diagnosis kepada anda kerana bayi anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya. Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, kami sarankan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor kerana si kecil anda mengalami demam dan mempunyai najis cair.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda berikut:
- Lesu dan kerap tidur
- Tidak mahu menyusu atau makan
- Kurang kencing (anda kurang menukar lampin dari kebiasaan)
- Terdapat darah di dalam najis
Terima kasih kerana menghubungi kami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian.