
Sulit
3 tahun
Muntah² hijau lepas tu perut saya sakit
Saya syazz umur19 saya muntah 3 minggu lepass banyak kali dan berhenti sekejap dan mula membuang air besar dan warna kuning lepas tu beberpe minggu atau hari tak silap saya jadi balik tapi warna hijau dan selepas tu perut saya macm rasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang atau batu hempedu
- Cholangitis
- Hernia
- Kanser
- Usus tersumbat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, sukar untuk kami katakan mengapa anda mengalami masalah sedemikian berdasarkan soalan sahaja dan gejala yang dialami memerlukan perhatian anda dan doktor segera. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.