
Sulit
3 tahun
Pancreas problem,Sakit belakang
Saya wanita berumur 27 tahun, ingin menanyakan apakah punca sakit/sengal/menyucuk di bahagian kanan berhampiran perut (kemungkinan pancreas) rasa sakit ini juga dirasakan sehingga di bahagian kanan belakang aras bawah dada.
Adakah punca makanan tidak hadam? Atau pengambilan jenis makanan seperti seafood terlalu banyak? Atau ianya hanya lah masuk angin?
Rasa sakit ini akan lega jika saya baring, tp bgun sakitnya dtg balik.
Bagaimana untuk mengetahui jika masalah pancreas ini parah atau tidak, dan ini bukan kali pertama ianya berlaku, tapi tidak pasti bila kerana sudah lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami ketidakselesaan anda berkenaan sakit pada bahagian kanan berhampiran perut. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit sengal dan mencucuk pada bahagian abdomen kanan atas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- gastrik
- keracunan makanan
- radang pancrease
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- choledocholithiasis
- penyakit buah pinggang
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.