Sulit
3 tahun
Payudara lelaki sebelah kiri nampak bengkak/besarp
salam doktor, saya lelaki. sebelum ini saya dah ada tanya kat sini tentang masalah saya https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/payudara-lelaki-sebelah-kiri-nampak-bengkak-besar/197485 .
saya dah pergi ke klinik kesihatan untuk cek masalah saya ini. Masa doktor cek mula2 tu dia tengok je kata takde apa pun. Tapi saya suruh dia pegang dan cek payudara sebelah kiri saya tu. Doktor kata macam besar sedikit berbanding belah kanan. Lepas cek tu sampai rumah terus rasa sakit mungkin sebab kesan masa doktor cek picit/tolak kot. Esoknya dah tak sakit dah.
kalau ikut kata doktor ikutkan macam takde apa sangat kulit semua ok takde ruam. Dan doktor hanya bagi ubat sapu jenis methyl salicylate 25% ointment. Tapi saya pun masih lagi risau dengan keadaan sekarang dan rasa tak berapa selesa.
saya ingat nak pergi cek sekali lagi. Doktor ada suggestion apa tak jenis rawatan yang boleh dilakukan macam xray atau scan ke ?
terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, untuk menentukan punca sebenar daripada masalah anda, sejarah penyakit anda yang terperinci perlulah diketahui serta doktor harus melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Selepas itu, barulah doktor akan menentukan sama ada doktor akan melanjutkan dengan beberapa pemeriksaan khas atau tidak. Hal ini adalah kerana setiap pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.