
Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin herpers
saya wanita 20 an mempunyai masalah penyakit kelamin herpes …dan skarang disah kan hamil… adakah bahaya baby dalam kandungan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Herpes genital ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas nenjangkit, virus akan kekal di dalam tubuh. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan. Terdapat dua jenis virus herpes yang dikenal pasti iaitu HSV 1 yang menyebabkan kudis berisi air di mulut atau di muka, dan HSV 2 yang menyebabkan kudis berisi air di kawasan kemaluan.
Sehingga sekarang, tiada ubat spesifik yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes. Doktor akan memberi anda ubat antivirus untuk membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengelakkan jangkitan berulang.
Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda. Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah. Lebih baik jika anda tunggu sehingga ruam sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan seks. Penggunaan kondom getah juga akan mengurangkan risiko merebakkan jangkitan pada pasangan. Anda juga harus memberitahu pasangan anda jika menghidap jangkitan ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Topic Controls
Reply
Tracking
You will see a count of new replies because you posted a reply to this topic.
Suggested Topics
Tidak bersedia untuk bersalin lagi
Kehamilan
Haid lewat selepas bersalin
Kehamilan
Kandungan gula dalam badan ibu mengandung
Kehamilan
Masalah kesuburan untuk kehamilan
Kehamilan
Pendarahan dalam pantang