
azain_2010
5 tahun
Penyakit Talasemia HBE
Assalamualaikum doktor, sy ingin bertanya…baru² ni di sekolah ank sy umur 16thn menjalani pemeriksaan Talasemia…ank sy didapati pembawa Talasemia HBE…sy amat risau bila dpt tau hal ni… Ank sy perempuan, boleh tahu apa yg perlu sy buat dr segi pemakanan & kesihatan…anak sy juga ada asma (xkronik) dan ezema

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anak anda tidak disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan iron kerana salah satu rawatan Talasemia ialah transfusi darah yang boleh memberi kesan iron yang berlebihan. Anak anda disarankan untuk mengambil asid folik dan makanan yang tinggi dengan kandungan asid folik seperti nasi putih, telur (jika anak anda tiada alahan), brokoli dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.