Sulit
4 tahun
Perbezaan antara steriod asthma dan penyakit lain dan bagaiman ingin kembalikan berqt badan seperti dulu
saya ni ada penyakit asthma sejak umur 2 tahun lagi…dan pernah sembuh pada umur saya 15tahun…tapi masa saya hbs plkn pd tahun 3/2017,asthma saya datang semula dan sampai sekarang ni makin teruk.pada bulan ramadhan tahub ni,saya ada buat check up u asthma saya…so,doktor tu bagi saya pil steriod untuk asthma,inheler.tapi bila saya makan pil steriod asthma ni,badan saya makin menjadi berisi sampaikan saya dah cuma kawal pemakanan saya…tp still x de perubahan…dulu berat saya 40-49kg…sekarang ia menaik mendadak sebanyak 10kg…ia amat merisaukan saya dan saya dah buntu tak tahu nak kembalikan berat badan saya yang sebelum ni…doktor…tolong la saya…macam mana saya ingin kembalikan berat badan saya seperti dlu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah asma boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan
- bulu daripada binatang perliharaan
- bunga-bungaan
- makanan
Memandangkan anda sedang menggunakan pil steroid, ubat ini memang memberi kesan sampingan seperti naik berat badan. Doktor menyarankan anda menggunakan ubat ini berkemungkinan kerana anda sering menghadapi gejala-gejala asma. Walaubagaimanapun, jika anda berjaya mengawal asma anda, doktor akan mengurangkan ubat-ubatan anda kepada hanya penyedut steroid. Maka, anda perlu mengenalpasti apakah yang menerukkan asma anda supaya asma anda lebih terkawal. Hal ini amat penting kerana asma boleh memberi komplikasi yang teruk jika tidak terkawal. Kesimpulannya, apabila anda berjaya mengawal asma anda, pil steroid boleh dikurangkan dengan kebenaran doktor dan kesan sampingan akan berkurangan.
Selain itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar dietitik untuk mendapatkan makanan diet yang bersesuaian dengan anda. Anda juga disarankan untuk bersenam 30 minit sebanyak 5 kali seminggu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.