Anonymous
4 tahun
Asthma dan penerangan ubat
adakah kesan ubatubat asthma menyebakan berat badan saya naik mendadak?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penggunaan ubat-ubat asma terdapat pelbagai jenis. Terdapat ubat “reliever” yang tidak mendatangkan kesan jangka masa panjang. Namun bagi sesetengah ubat “preventer” yang mungkin disertakan dengan steroid dapat menyebabkan kenaikan berat badan pada jangka masa panjang. Namun kenaikan berat badan adalah perkara multi-faktor, bermaksud pelbagai sebab perlu diambil kira dalam kes ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.